APA ITU MARGIN DALAM PERNIAGAAN? – SIRI 1
Ramai orang membicarakan tentang MARGIN. Apa itu MARGIN.Tiada istilah khusus diberikan kepada pengertian MARGIN.
MARGIN adalah merupakan satu formula yang menjadi kayu ukur dalam menentukan prestasi dan pengembangan sesuatu perniagaan.
MARGIN adalah suatu rahsia besar bagaimana perniagaan orang berjaya dan berkembang dengan pesat. Jika nak berjaya dalam perniagaan kita perlu tahu tentang MARGIN
Dengan memahami formula MARGIN pelbagai aplikasi dalam merancang, menentukan standard perniagaan, merancang strategi, meningkatkan jualan, mengurangkan risiko kerugian, menentukan break even bahkan menentukan harga jualan dapat diaplikasikan dalam perniagaan.
MARGIN KASAR adalah suatu hokum dan formula yang sangat unik yang perlu dikuasai oleh para usahawan yang bercita-cita mencapai dream dan impian dalam perniagaan.
Memahami MARGIN akan memudahkan kita dalam aplikasi-aplikasi perniagaan seperti berikut :
- Penentuan titik pulang (Break Even) dalam perniagaan
- Menentukan Break Even dalam kuantiti
- Menentukan Break Even dalam kiraan jumlah pelanggan yang diperlukan
- Menentukan Break Even dalam kiraan jumlah hari jualan
- Menentukan Viabiliti sesebuah perniagaan
- Dapat merancang kesinambungan (sustain) perniagaan melalui strategi repeat customer.
- Menentukan Harga Jualan sesuatu produk
- Menentukan jualan minima dan maksima
- Menentukan rangkaian pengedaran (Designing Distribution Chain)
- Memahamkan kaedah dan implikasi MEMBERI DISKAUN dalam perniagaan
- Menjelaskan kaedah dan implikasi menaikkan harga jualan
- Memahirkan kita dengan rundingan harga produk dengan prospek
- Memastikan acuan perniagaan (Business Mould) dalam keadaan stabil dan standard
- Mampi merangka strategi meningkatkan MARGIN dan menurunkan break even.
Bayangkan jika kita tidak ada ILMU menganai MARGIN. Bagaimana kita berniaga dalam menentukan 14 perkara di atas. Hasilnya :
- Ramai yang bangga dengan sales yang tinggi tetapi tiada keuntungan
- Tak sedar kos break even sangat tinggi sedangkan margin rendah
- Bekerja dengan penat dan letih tetapi keuntungan terlampau rendah
- Berniaga sehingga gagal membayar hutang.
- Lebih malang berniaga sehingga tak bayar zakat perniagaan.
Makin tinggi margin kasar maka makin tinggilah keuntungan perniagaan. Sebaliknya semakin rendah margin kasar maka semakin rendahlah keuntungan
Semakin tinggi margin kasar, makin kurang bebanan break even. Sebaliknya semakin rendah margin kasar, semakin besarlah jumlah break even