BOLEHKAH AKU BERNIAGA?
Ramai yang kagum melihat kejayaan usahawan yang Berjaya. Dulu dia kawan kita di sekolah, belajar tak lah pandai sangat, tapi sekarang dah Berjaya dalam bisnes. Ada rumah anak yatim, bangunkan tahfiz dan ada yayasan untuk khidmat sosial.
Kita sering kata, “tak pa lah dia memang otak berniaga, saya ni DNA berniaga pun tak ada”.
Ini semua khurafat yang masih menjajah pemikiran kita. Cuba kita imbau kembali zaman kecil-kecil waktu persekolahan dulu. Kita pernah jual kad raya di sekolah, Kita pernah jual sagon dan kacang kuda, Kita pernah jual penanda buku dan pelbagai lagi.
Kalau kita ‘pernah’ berniaga kenapa kita beriman kepada khurafat yang kita ni tak ada darah buat bisnes. Belum cuba belum tahu. Cuma yang kita ada ialah ilmu perniagaan.Nak Berjaya dalam apa bidang pun kita kena ada ilmu dan guru.
Kalau baru nak berniaga
- Cari bisnes yang kita sendiri boleh berikan perkhidmatan dan ada kemahiran. Tak harap pada orang lain sangat. Dah lama-lama baru ubah dan tukar strategi.
- Jual barang orang dulu. Elak dari buat pinjaman nak buat produk sendiri, sebab target klien pun belum pasti.
- Jual barang dengan harga mampu beli, tahan lama dan sesuai sepanjang musim.
- Bagi orang kenal barang kita dulu. Jangan fikir nak ‘UNTUNG BESAR ‘ tapi fikir ‘BISNES BERKEMBANG’. Atau dalam kata lain jangan tamak, gelojoh dan berfikiran pendek.
MUHAMMAD AZKI HAFIZI BIN IBRAHIM
Pengasas Usroh Usahawan Muslim