Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Rentetan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Sebuah pengorbanan yang sangat dasyat jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan kita yang tidak seberapa ini dalam mempertahankan agama Islam agar sentiasa disanjung.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita.

sumber : https://www.umt.edu.my/index.php?go=highlight&id=105

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabar Sebentar, Allah suka orang yang bersabar...

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!!!

Dapatkan koleksi lebih 50 Artikel Pembangunan Jiwa dan Motivasi yang telah memberi kesan terbaik daripada Cr. Ustaz Azki HAfizi secara PERCUMA!!!
Langgani Artikel Motivasi diri dan Pembangunan Jiwa dari Cr. Ustaz Azki Hafizi secara PERCUMA!!!
LANGGAN DI SINI